Remaja 18 tahun ditahan selepas pelajar 14 tahun lahir bayi

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri berkata, pelajar tingkatan dua itu telah melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 4.30 pagi kelmarin.

Sebelum itu, katanya, pelajar berkenaan mengadu sakit pinggang dan meminta seorang kakaknya mengurutnya.

“Pelajar itu kemudian telah melahirkan seorang bayi dan meminta kakaknya supaya merahsiakannya.

“Bagaimanapun, kakaknya yang panik melihat kejadian itu telah memberitahu ibu mereka mengenai kelahiran itu,” katanya dalam satu kenyataan malam Jumaat.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, polis telah menahan suspek di Simpang Petang dekat sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari kelmarin.

Jelasnya, polis telah mendapatkan perintah Mahkamah Majistret Kuala Pilah bagi nenahan reman suspek selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut, memetik Utusan Online.

Related Articles