Rayani Air: Beri kami masa seminggu lagi

Pemilik syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Ravi Alagendran berkata palabur terdahulu sudah menarik diri daripada syarikat penerbangan itu dan pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama dengan syarikat pelaburan baharu.

“Dalam masa seminggu, kami akan umumkan bila kami akan sambungkan semula perkhidmatan kami.

“Kami minta jangka masa dua bulan dengan DCA (Jabatan Penerbangan Awam) untuk hentikan operasi buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui pemberita, pada Isnin.

Bagaimanapun, Ravi tidak mendedahkan butiran perbincangan antara pihaknya dan syarikat pelaburan baharu tersebut.

Mengulas lanjut mengenai kedudukan kakitangan Rayani Air, Ravi berkata beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk menentukan nasib pekerja-pekerjanya itu.

“Mereka mahu datang kerja atau tidak (pada sepanjang masa penggantungan operasi), itu terpulang kepada mereka. Bagaimanapun pihak kami akan berbincang tentang nasib mereka untuk tempoh tersebut.

“Buat masa sekarang, kita tidak fly, jadi mereka tidak ada kerja. Jadi saya akan bincang dengan pengurusan mengenai perkara tersebut,” ujarnya.

Related Articles