Jamal berkata, susulan itu jiran-jirannya memandikan Ratu Naga, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena dengan air longkang dan najis.
“Sudah lima hari air tiada di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek-ejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam.
“Saya minta dia balik tapi tak mahu balik sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ini, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah,” katanya.
Ratu Naga yang juga ahli PKR dijangka mengadakan sidang media susulan insiden yang menimpanya.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, sepatutnya isu air ini tidak boleh dipolitikkan dan dipermainkan kerana ini perkara serius.
“Mereka sepatutnya berbincang dengan pemimpin mereka untuk menyelesaikan isu air ini, bukan hendak main politik.
“Ini masalah rakyat Selangor, sudah lima hari air di rumah saya tiada ini bukan main-main, kamu semua boleh datang sendiri ke rumah saya tengok,” katanya.
Jamal semalam hadir ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di Shah Alam dengan bertuala putih sambil membawa gayung berisi peralatan mandi untuk menumpang mandi susulan ketiadaan air di kediamannya.
Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut.