Rasuah: SPRM sita aset hampir RM190 juta

Beliau berkata, daripada jumlah itu, aset RM157,314,532 disita sepanjang tahun ini manakala RM9,331,769 tahun lepas dan RM19,316,518 pada 2014.

“Penyitaan harta ini dibuat bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara pada Selasa.

Beliau berkata, lima kes rasuah didakwa di bawah AMLA tahun ini, lapan kes pada tahun lepas dan satu kes pada 2014.

Razali berkata, dari Januari hingga November tahun ini, SPRM membuka 95 kertas siasatan kes rasuah melibatkan penjawat awam, swasta dan orang perseorangan membabitkan projek pembangunan kerajaan.

Beliau berkata, SPRM komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, sebagaimana tertakluk di bawah perundangan sedia ada. – Bernama

Related Articles