Turut dikenakan tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan adalah dua individu lain iaitu seorang pengurus besar syarikat kontraktor berusia 51 tahun bergelar Datuk dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kontraktor berusia 51 tahun, masing-masing dari syarikat berbeza.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman menetapkan tahanan reman selama lima hari terhadap ketiga-tiga individu terbabit bermula hari ini sehingga 15 November ini.
Ketiga-tiga individu berkenaan tiba di perkarangan Istana Kehakiman di sini dengan kenderaan SPRM pada pukul 10.30 pagi dengan masing-masing dalam keadaan bergari dan menutup muka mereka.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar sebuah GLC di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor yang berurusan dengannya.
Siasatan mendapati suspek memiliki sembilan buah rumah bernilai RM8 juta yang dipercayai dibeli secara tunai, empat buah kereta mewah termasuk sebuah motosikal berkuasa tinggi dan wang simpanan berjumlah RM2.5 juta.
Kedua-dua kontraktor berkenaan pula ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, mememtik Utusan Online.