Rasuah di Sabah: SPRM rampas RM1 juta daripada saksi

Menurut sumber, kesemua wang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dana kerajaan sebanyak RM3.3 bilion yang didakwa diseleweng oleh pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan yang sedang disiasat SPRM.

“Tiga daripada saksi yang dipanggil memberi keterangan telah memulangkan duit berkenaan kepada SPRM.

“Tidak ada tangkapan terbaharu dibuat tetapi lebih ramai saksi akan dipanggil selepas ini,” kata sumber itu memetik laporan Utusan Online.

Related Articles