Rasuah di Sabah: Pengarah dibebas dengan jaminan

Pengarah berusia 51 tahun itu dibebaskan kira-kira pukul 1 petang di hadapan Majistret Stephanie Sharron Abbie di Lokap Berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kota Kinabalu.

Sumber memaklumkan, pengarah terbabit dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

“Reman terhadap empat lagi suspek akan tamat pada Selasa ini,” katanya di Kota Kinabalu pada Ahad.

Terdahulu pengarah berkenaan merupakan salah seorang daripada dua suspek utama itu juga akan diarah mengisytiharkan harta masing-masing mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 supaya siasatan lebih terperinci melibatkan kekayaan mereka dikesan.

Setakat ini, SPRM menemui wang tunai RM57 juta di pejabat dan kediaman, selain RM60 juta di peti simpanan di bank, selain barang kemas seberat 19 kilogram yang nilainya mencecah RM3.64 juta, 97 beg tangan berjenama bernilai RM500,000 milik isteri pengarah terlibat.

Selain itu, 127 geran hak milik tanah atas nama timbalan pengarah juga ditemui.

Related Articles