Rapid KL lanjut operasi LRT, monorel, bas sempena ambang Hari Kebangsaan

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata, stesen LRT Masjid Jamek dan Hang Tuah bagi Laluan Sri Petaling; stesen LRT KLCC dan Masjid Jamek bagi Laluan Kelana Jaya; dan stesen Bukit Bintang dan Hang Tuah bagi laluan monorel akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi nanti.

“Stesen lain akan ditutup seperti biasa, pengguna boleh keluar di kesemua stesen LRT dan monorel untuk meneruskan perjalanan mereka. Pusat kawalan operasi kami di Subang dan Ampang akan memantau rapi pergerakan penumpang di stesen untuk memastikan sama ada waktu operasi perlu dilanjutkan jika perlu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan Rapid KL juga akan menambah kekerapan tren di ketiga-tiga laluan LRT dan monorel dari pukul 8 malam hingga 1 pagi.

Selain itu, perkhidmatan bas Rapid KL dari Hab Bas Pasar Seni untuk beberapa kawasan perumahan juga akan dilanjutkan perkhidmatannya dengan bas terakhir akan berlepas selepas tren terakhir berlepas. – Bernama

 

Related Articles