Rampasan dadah 10 bulan melonjak kepada RM4.07 juta – PDRM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Lam Thian Huat berkata, rampasan pelbagai jenis dadah dalam tempoh 10 bulan berkenaan menyaksikan dadah jenis heroin merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 18.1 kilogram.

“Ia juga menunjukkan peningkatan kes sebanyak sembilan peratus iaitu 9,860 kes berbanding 8,919 kes pada tahun lalu dan peningkatan tangkapan sebanyak 11 peratus iaitu sebanyak 10,880 orang berbanding 9,771 orang dalam tempoh yang sama 2015.

“Peningkatan rampasan ini adalah ekoran usaha yang lebih giat bagi membanteras penyalahgunaan dadah dari semasa ke semasa di negeri ini,” katanya memetik laporan Utusan Online dalam sidang akhbar pada program pelupusan barang kes narkotik di Pertubuhan Pengurusan Pengkebumian Hindu Temerloh di sini hari ini.

Menurut Thian Huat berdasarkan rekod tangkapan daerah Kuantan menunjukkan kes tertinggi dan dadah jenis heroin merekodkan rampasan terbanyak.

Katanya, kebanyakan suspek yang ditahan adalah penduduk tempatan dan hanya sejumlah kecil warga asing.

Tambahnya, dalam tempoh berkenaan juga, suspek orang tengah yang ditahan meningkat kepada 21 peratus iaitu sebanyak 1,088 orang berbanding 896 orang pada tahun lalu.

Sementara itu, beliau berkata, pelbagai jenis dadah bernilai RM1.4 juta yang dirampas sejak 2000 hingga 2015 dilupuskan secara pembakaran pada hari ini

Related Articles