Rakyat Malaysia turut tidak terdaya dengan pemilihan Trump

by SM Amin

Menurut kata-kata Najib, perjalanan tersebut bukan sekadar “berjaya” tetapi adalah “sangat berjaya”. Sektor swasta kedua-dua negara mencapai perjanjian perniagaan bernilai RM144 bilion, malah negara China juga bersetuju untuk membiayai pembinaan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Walau bagaimanapun, pembangkang belum tentu mempunyai perasaan yang sama dengan sikap positif kerajaan. Oleh kerana Mahathir tidak berada di pihak kerajaan, persepsi beliau terhadap negara China juga merosot. Beliau mempersoalkan kebaikan China dan pinjaman RM55 bilion kepada Malaysia dan menganggap Najib telah menjual negara atau memajak gadai Malaysia kepada China. Selain itu DAP juga mempersoalkan mengapa membuat pinjaman RM55 bilion sedangkan projek tersebut bernilai RM46 bilion?

Hujah tersebut bergema kuat dan mencetuskan pelbagai reaksi terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu yang merasai ambang kejatuhan. Najib tidak memandang ringan perkara tersebut lantas membuat penjelasan sebelum beliau kembali ke negara dan berdepan dengan serangan pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Lantaran itu, pembangkang kini mempunyai satu lagi subjek untuk dimainkan dan isu ini pasti akan terus menapai.

Najib mengiktiraf China sebagai rakan sejati Malaysia, dan lawatan ke China juga menikmati layanan istimewa, ini menggambarkan Malaysia dan AS kini semakin menjauh. Jenaka yang menjadi bahan usikan diplomatik hari ini, mengatakan bahawa Najib sudah tidak lagi bermain golf dengan Obama tetapi sedang berusaha keras belajar main ping pong. Sudah tentu jenaka akhirnya tetap jenaka, kerana selepas perubahan rejim AS dan Trump “si gila” mengambil alih jawatan presiden, pasti ada sesuatu yang menarik akan berlaku nanti.

Bermula dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kemudian diikuti Najib membuat lawatan ke China, kedua-duanya mendapat pengalaman yang berharga di negara itu. Dalam keadaan ini, apa yang boleh dilihat dengan AS kembali semula kepada dasar AS walaupun sebelum ini gagal untuk campur tangan dalam pertikaian di Laut China Selatan. Tetapi dalam perjudian AS dan China di rantau Asia Pasifik, nampaknya AS telah tewas sekali. Media China berpendapat China telah memainkan kad diplomatik yang cantik dan bijak, jelas terlihat bahawa Malaysia dalam kemarahan terhadap campur tangan AS dalam hal ehwal negara Malaysia. Sebelum Barrack Obama melepaskan jawatan presiden, beliau membenarkan DOJ membuka siasatan isu 1MDB dan memalukan Najib.

Tetapi sekembalinya ke negara, Najib sekali lagi terpaksa berdepan dengan isu politik yang sukar. Najib berusaha keras mencapai kerjasama dengan China untuk meningkatkan markah pada PRU akan datang, tetapi kontroversi yang dicetuskan oleh Gerakan Baju Merah yang dipimpin oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos telah memberi impak negatif terhadap Najib.

Jamal bukan sahaja berulang kali mengganggu aktiviti BERSIH malah berikrar mengancam gerakan Baju Kuning itu pada perhimpunan 19 Nov nanti, malah tidak menolak kemungkinan tercetusnya konflik pada hari tersebut.

Kenaikan berganda harga minyak bagi rakyat biasa adalah satu tamparan hebat dan secara langsung memberi kesan kepada undi UMNO, undi orang Melayu di kawasan pedalaman bukan lagi dalam genggaman, penjelasan daripada pak-pak menteri juga sudah tidak memberi sebarang kesan. Tambahan pula, minyak masak khususnya sebenarnya tidak boleh kurang dalam kehidupan seharian rakyat.

Keputusan pilihan raya Presiden AS sudah diumumkan, siapa sahaja yang terpilih, sejarah baharu akan terbina. AS adalah negara tumpuan dunia kerana kekuasaannya dan pengaruhnya, tetapi rakyatnya terpaksa memilih salah satu daripada epal yang busuk dan Trump menjadi pilihan mereka, apa yang dapat kita lakukan?

Mengapa Malaysia tidak cuba untuk membuat perubahan? Kita sebenarnya sudah biasa dengan keadaan ini dan tidak lama lagi giliran kita pula membuat pilihan. – Sin Chew Jit Poh

Related Articles