17
Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, wanita itu merupakan ibu kepada wanita yang dijangkiti virus tersebut yang menetap di negara berkenaan.
“Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos,” katanya ketika sidang media khas mengenai virus Zika di Putrajaya pada Khamis.
Menurutnya pesakit tersebut dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit pada 31 Ogos adalah positif virus Zika manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.