Rakyat Malaysia buka pusat pelacuran di Batam

Difahamkan mereka melabur sebanyak Rp300 juta (RM96,146) untuk memulakan perniagaan haram di Batam, Indonesia.

Jurucakap polis, Herman Kelly berkata, polis menyerbu pusat spa yang dikenali sebagai Asmara 22 pada Khamis lalu selepas penduduk mengadu mengenai aktiviti mencurigakan di premis berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati premis itu menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Suspek memberitahu aktiviti premis itu baru berjalan selama beberapa bulan,” katanya kepada portal Jakarta Post.

Katanya, setiap pelanggan di pusat itu dikenakan bayaran antara Rp600,000 (RM192) hingga Rp1.5 juta (RM480) untuk perkhidmatan itu.

Susulan itu, mereka akab didakwa mengikut undang-undang pemerdagangan manusia yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun.

Related Articles