Rakyat berbilang kaum mempunyai hak sama rata – Ahmad Zahid

Katanya, segala harta diperolehi diagih sama rata mengikut Perlembagaan secara adil.

Maka, bangsa minoriti yang mengamalkan kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing di negara ini tidak perlu khuatir dan bimbang lagi.

“Jangan takut kononnya anda akan hilang identiti, itu jaminan saya. Kepelbagaian agama bahasa dan warna kulit menjadikan kita sebagai negara yang dihormati dan disegani di dunia ini,” katanya.

Tambah beliau, oleh kerana ini merupakan musim perayaan Deepavali, perpaduan antara kaum perlu dipereratkan lagi kerana ia merupakan tulang belakang negara ini.

“Jangan menjadikan media sosial sebagai penggugat perpaduan negara ini,” tegas beliau lagi. – Makkal Osai

Related Articles