18
Baginda hadir pada istiadat tersebut di selepas meninggalkan Balairong Seri dan keluar dari Selangor selama tujuh hari seperti amalannya selepas dimasyhurkan dengan gelaran tersebut pada 8 Oktober lalu.
Baginda kemudiannya menyembah mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Pada adat istiadat itu, baginda turut mempersembahkan cenderamata kepada Sultan Selangor.
Turut mengiringi baginda pada istiadat itu ialah Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali serta barisan Exco dan wakil-wakil rakyat.