Raja Muda nasihat berjimat guna air dan elektrik di masjid, surau

Baginda bertitah menggunakan elektrik dan air sehingga berlaku pembaziran adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya supaya sentiasa berjimat-cermat.

“Beta berharap para jemaah menggunakan sumber secara berhemah dan jadikan amalan dalam kehidupan harian sebaiknya,” titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semasa melancarkan ‘Kempen Jimatkan Elektrik di Masjid dan Surau’ di Surau Al Ittihadiyah, Taman Kemajuan di Kangar pada Sabtu.

Pada majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan wang zakat MAIPs kepada 33 asnaf terpilih daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan. -Bernama

Related Articles