Rafizi ramal RON95 boleh cecah hingga RM2.20 Januari depan

Susulan daripada itu, beliau meminta kerajaan menjelaskan bagaimana kutipan atau pendapatan daripada hasil kenaikan ini akan digunakan untuk subsidi minyak.

Rafizi berkata demikian dan menuntut penjelasan berkenaan perkara itu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Ekoran kenaikan harga minyak dunia naik 18 peratus selepas November lalu, Malaysia selaku pengeksport minyak dilihat berpotensi untuk menjangkakan pendapatan kerajaan meningkat.

Oleh itu, minyak RON95 dijangka mengalami kenaikan mendadak ekoran harga minyak sedunia melonjak tinggi.

“Kerajaan perlu menjelaskan sama ada hasil pendapatan minyak itu akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi subsidi minyak dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya kerajaan perlu menjelaskan pendiriannya dalam perkara ini. –Tamil Nesan

Related Articles