Rafizi persoal Riza sertai lawatan Najib ke China

Rafizi berkata, Riza sepatutnya dibicarakan mengenai skandal membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun beliau hairan Riza boleh diberi keistimewaan seumpama itu.

“Sudahlah jetnya mahal, kami kena tanggung, kemudian dia (Najib) bawa anak tiri dia yang satu dunia tengah cari mengenai wang (yang disalahgunakan) 1MDB.

“Riza Aziz tidak boleh diberi layanan istimewa menggunakan harta rakyat. Beliau sepatutnya ditangkap dan disoal siasat,” kata ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Jelas Rafizi gambar Riza menaiki jet bersama Najib dan kunjungannya yang lain boleh dilihat menerusi siaran RTM semalam.

“Saya pasti rakyat lihat paparan RTM semalam,” katanya.

Riza menjadi subjek siasatan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Beliau antara yang dinamakan menerima dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Related Articles