“Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah penyelewengan dan rasuah ialah ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi perlu mengisytiharkan harta setiap tahun. Saya sendiri akan isytihar harta minggu depan.
“Bagi kes Adam ini, cara paling mudah bukan saja dia tetapi seluruh parlimen kena ikut saya isytihar harta minggu depan. Lagi cepat Adam isytihar harta lebih mudah dan jika dia telus dan tiada apa yang disorokkan, dakwaan terhadapnya akan berhenti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunus sebelum ini mendakwa Adam, 28, memiliki kekayaan luar biasa di usia yang terlalu muda.
Beliau mendakwa Adam memiliki rumah banglo berharga RM7 juta serta beberapa buah kereta mewah.
Adam bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mencabar Jamal melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rafizi turut berkata, beliau tidak mengenali Adam serta tidak mengetahui jenis perniagaan yang dijalankannya memandangkan beliau masih baru bersama PKR.
“Saya sebenarnya tak kenal dia. Dia agak baru dalam parti,” katanya.