VIDEO: Rafizi letak jawatan, Saifuddin Nasution dilantik semula Setiausaha Agung PKR

by SM Amin

Perkara tersebut dimaklumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini.

Menurut Dr. Wan Azizah, jawatan Rafizi akan digalaskan semula oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang pernah memegang jawatan tersebut sebelum ini.

“Saya mengumumkan pelantikan Saifuddin Nasution berikutan peletakan jawatan Rafizi Ramli. Saya menerima surat peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung hari ini.

“Saya berbincang dengan Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) semasa saya bertemunya terlebih dahulu sebelum ini. Dengan pandangan dan pengalaman beliau (Saifuddin) saya memutuskan untuk melantik Saifuddin Nasution sebagai Setiausaha Agung berkuat kuasa 26 November,” katanya.

Sementara itu, Rafizi yang turut hadir dalam sidang media tersebut menjelaskan peletakkan jawatan tersebut susulan daripada keputusa mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah dalam dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Walaupun masih dalam proses membuat rayuan, keputusan tersebut ketika ini menyebabkan Rafizi hilang kelayakkan untuk bertanding dalam pilihan raya dan memegang jawatan dalam parti politik sekiranya rayuan ditolak kelak.

“Walaupun proses rayuan masih berjalan, saya memandang berat untuk PKR membina organisasi parti yang kukuh.

“Jika saya (masih) memegang (jawatan) Setiausaha Agung PKR, ketidaktentuan jawatan saya itu boleh digunakan oleh pihak lawan membantutkan parti. Saya tidak mahu ia menambah risiko tambahan yang perlu dihadapi parti.

“Maka surat perletakan ini berkuatkuasa hari ini. Oleh yang demikian saya kekal juga sebagai Naib Presiden. Saya akan terus laksanakan tugas itu kerana mandat sebagai Naib Presiden diberi oleh anggota, maka saya terus menggalasnya sehingga proses rayuan di mahkamah diketahui keputusannya,” ujarnya.

https://www.youtube.com/watch?v=YkVBRKGvvIo

 

Related Articles