Jika esok bubar Parlimen, Rafizi tidak boleh bertanding

Kata Gobind, Rafizi hilang kelayakkan selepas didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi dan dihukum penjara 18 bulan.

“Sekiranya, Parlimen dibubarkan esok (atau masa terdekat) dan hendak bertanding sebagai calon, maka dalam undang-undang seseorang yang telah disabitkan dan dihukum RM2,000 atau penjara lebih setahun, dia tidak boleh menjadi calon,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, kata Gobind kedudukan Rafizi sebagai ahli Parlimen ketika ini tidak terjejas sehingga proses rayuan selesai di Mahkamah Rayuan.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Setiausaha Agung PKR itu dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah bagi setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan laporan Pengauditan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mac lalu.

Related Articles