Mahkamah Sesyen memutuskan demikikan selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Hakim Zulqarnain Hassan bagaimanapun membenarkan Setiausaha Agung PKR itu menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tersebut sementara menunggu rayuan.
Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi, 39, didakwa memiliki tanpa kebenaran yang sah halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB dan mendedah yang bersalahan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sedangkan dia tidak berhak menyimpan dokumen tersebut.
Pertuduhan kedua pula, Rafizi didakwa memiliki dokumen yang sama dan telah mendedahkan kandungan rahsia di halaman tersebut dalam satu sidang akhbar.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di lobi Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini pada pukul 3 petang, 24 Mac dan 28 Mac lalu.
Pertuduhan tersebut masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) dan Seksyen 8(1)(c)(iv) OSA yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun jika sabit kesalahan.