Puteri kempen guna media sosial

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata kempen tanpa calon tidak menjadi halangan besar kepada jentera Puteri UMNO PRK Kuala Kangsar kerana kerjasama yang ditunjukkan bersama ahli keluarga UMNO.

“Kita tidak melihat ketidakhadiran calon secara fizikal adalah satu cabaran untuk kita turun membantu bagi memenangi kerusi kawasan itu.

“Latar belakang dan sifat peribadi calon yang sudah dikenali serta mudah didekati rakyat Kuala Kangsar, dijangka menjadikan kempen ini lebih mudah,” katanya ketika ditemui selepas Merasmikan Pesta Buah Durian Pulau Pinang, di sini, petang tadi.

Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini disandang suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, keadaan Mastura yang berada dalam tempoh edah menyebabkan beliau tidak dapat menghadirkan diri ketika hari penamaan calon dan menyertai kempen jentera parti.

Related Articles