Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, hukuman itu dijatuhkan setelah mahkamah mendapati Putera Turki bersalah menembak mati seorang warga Arab, Adel bin Suleiman Abdul Karim Mohaimeed dalam pergaduhan berkumpulan di pinggir Riyadh.
Kes berkenaan adalah yang pertama selepas 40 tahun lalu, apabila pada 1975 Putera Faisal Musaid dijatuhi hukuman mati kerana membunuh bapa saudaranya, Raja Faisal.
Keputusan itu mengejutkan banyak pihak, terutamanya keluarga diraja.
Untuk rekod, Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 143 individu tahun ini.
Penduduk Arab Saudi turut memuji Raja Salman yang tidak menjalankan pendakwaan terpilih dan hukuman ke atas Putera Turki itu menunjukkan ketelusan dalam sistem keadilan negara tersebut.
Tidak diketahui bagaimana hukuman itu akan dilaksanakan, namun kebiasaannya, pesalah akan dijathkan hukuman pancung di khalayak ramai.— New York Times