“Pencegahan masalah banjir di negeri ini mungkin memakan lebih masa iaitu dua hingga tiga tahun lagi.
“Beri kami masa tambahan beberapa tahun lagi. Masalah banjir yang sering melanda dan menyusahkan penduduk di beberapa kawasan di negeri ini akan ditangani dengan langkah pencegahan yang lebih berkesan,” kata Exco negeri itu, Chow Khon Yeaw.
Katanya, hujan banjir kilat melanda pada Oktober dan November di Pulau Pinang menjadikan 45 kawasan dikenalpasti sebagai kawasan berisiko banjir teruk.
Kini rancangan besar untuk tiga tebatan banjir sedang dilaksanakan dan kerajaan pusat telah meluluskan RM150 juta untuk tujuan itu.
“Pelan tebatan banjir untuk Sungai Pinang, kerja kajian ujian tanah dan pelantikan pakar pelan tindakan apabila selesai nanti tawaran kontrak akan dibuka menjelang September atau oktober,” kata Pengarah Perparitan dan Tebatan, Sabri Abdul Mulok.
Rancangan tebatan di Sungai Pinang dijangka menjadi penyelesaian untuk kawasan yang yang mengalami banjir.
Kerajaan negeri akan melaksanakan pelan tebatan banjir di sembilan kawasan terlibat.
Kerajaan negeri juga dikatakan telah memperuntukkan RM150 juta bagi tujuan itu dan menjelang Mac empat lagi projek tebatan akan dibuka tender.
Kesemua projek itu akan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk diselesaikan dan masalah banjir secara menyeluruh akan berkurangan. – Tamil Nesan