Ahmad Faiz Hafizuddin, 27 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah.
Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap seorang penceramah, Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, atas sebab kemarahan.
Penceramah bebas itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Sekolah Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi, No. 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4 Seksyen 8, Kota Damansara, di sini pukul 2.30 petang pada 29 September lalu.
Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Fadzlin Suraya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semua kes, memetik Kosmo Online.