PTPTN tidak dapat beri pinjaman penuh kepada pelajar IPT

Susulan daripada itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, keadaan itu menyebabkan perbadangan berkenaan tidak dapat memberikan pinjaman penuh kepada pelajar yang menerima tawaran kemasukan di institut pengajian tinggi (IPT).

Jelasnya, PTPTN mensasarkan kutipan RM15 billion pada tahun lalu bagi membolehkan pinjam dikeluarkan secara penuh kepada pelajar, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Walaupun kutipan hasil meningkat disebabkan penguatkuasaan dan tindakan kurang popular yang dilaksanakan PTPTN, sasaran utama belum dicapai kerana daripada RM56 bilion yang dikeluarkan, sasaran yang sepatutnya dikutip semula adalah sebanyak RM15 bilion.

“Oleh itu, kita terpaksa mengambil tindakan, termasuk membuat pemotongan mulai sesi 2014 yang hanya diberikan pinjaman sebanyak 95 peratus bagi pelajar yang mendapat tawaran ke universiti awam (UA) dan pinjaman 85 peratus kepada pelajar yang mendapat tawaran memasuki IPT swasta,” katanya memetik laporan Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Taman Tun Sambanthan di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan PTPTN khususnya yang datang dari golongan berpendapatan rendah berikutan pinjaman yang diberikan kepada anak yang mendapat tawaran menyambung pengajian tidak diberikan dalam jumlah penuh.

Shamsul Anuar berkata, beliau maklum dengan masalah yang hadapi itu dan berharap masyarakat dapat menyokong tindakan penguatkuasaan PTPTN dalam mengutip semula bayaran pinjaman pelajaran bagi memastikan kedudukan kewangan PTPTN terus kukuh.

Related Articles