PRU14: myPPP cadang bertanding satu kerusi parlimen empat DUN

Beliau berkata parti itu telah pun mengenal pasti kerusi yang ingin ditandinginya, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang kawasan pilihan raya bagi parti itu menurunkan calonnya.

“Dalam PRU lepas, kami sudah pun bertanding satu kerusi parlimen dan empat kerusi DUN.

“Kami telah pun mengenal pasti kerusi berkenaan dan amat positif akan menyumbang kemenangan kepada Barisan Nasional kali ini,” katanya kepada pemberita di luar Festival Ponggal Wilayah Persekutuan 2017, di sini pada Rabu.

Kavyeas berkata anggota parti itu kini mula turun padang dan memperkenalkan diri mereka kepada bakal pengundi.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 2013, MyPPP kalah kerusi Parlimen Kepong selain kerusi DUN Kota Laksamana (Melaka), Pasir Bedamar (Perak), Kota Alam Shah (Selangor) dan Guchil (Kelantan).

Ditanya sama ada terdapat kemungkinan PRU14 diadakan tahun ini, Kayveas berkata kira-kira 3,900 cawangan MyPPP akan menyelesaikan mesyuarat mereka menjelang akhir bulan ini.

“Kami tidak menumpukan kepada pilihan raya ketika meminta cawangan mengadakan mesyuarat mereka,” katanya. –Makkal Osai

Related Articles