PRU14: Masih terlalu awal untuk dedah siapa calon MCA

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata oleh kerana masih terdapat masa yang lama untuk menghadapi PRU-14, maka belum tiba masa yang sesuai untuk menyiarkan nama calon bertanding.

“Masih ada masa untuk PRU-14, belum tiba masa untuk MCA umumkan senarai nama calon,” katanya.

Tambahnya, adalah penting calon MCA memastikan kemenangan dan mempertahankan kerusi dalam kawasan tradisinya.

Katanya parti sudah mula mengorak strategi dan bergerak ke arah kerja pilihanraya.

MCA selama ini memperolehi 90 kerusi DUN dan 40 kerusi Parlimen pada setiap PRU. – Malaysia Nanban

Related Articles