Proses penamaan calon PRN Sarawak ditutup

Proses selama sejam itu berlangsung di 82 pusat penamaan calon sejak jam 9 pagi.

Selepas itu, pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan.

Pengundian ditetapkan pada 7 Mei depan.

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dun Sarawak pada 11 April lalu.

Dun Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu. – Bernama

Related Articles