Projek perumahan Jinjang Selatan Tambahan dihentikan sementara

Perkampungan yang berusia lebih 48 tahun itu kini dihuni 525 keluarga manakala 180 daripadanya adalah keluarga India. Perjuangan untuk perumahan baharu bermula sejak tahun 1999 lagi dan mereka mendapat kemenangan pertama.

Penduduk dipercayai dimaklumkan pemaju projek berkenaan bahawa pembinaan itu dihentikan sementara waktu bagaimanapun mereka tidak mempercayai kenyataan pemaju itu.

Mereka kini dalam proses untuk menghentikan terus projek pembinaan tersebut apabila satu perjumpaan penduduk terlibat diadakan di kawasan tersebut dan diambil tandatangan.

“Kami tidak akan percaya kata-kata pemaju selagi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Datuk Mohd. Amin Nordin tampil hadapan kami dan mengesahkan sendiri penangguhan projek itu,” katanya.

Malah, Ponnambalam berkata, penduduk juga dikatakan mahu projek ini dihentikan terus. Jika tidak dapat berbuat demikian oleh pihak berkuasa, maka setiap keluarga di sini harus di berikan seunit kediaman secara percuma.

Penduduk kampung berkenaan didakwa hidup di atas tanah itu tanpa geran tanah yang sah sedangkan Kampung Jinjang Utara dan beberapa perumahan kawasan berhampiran telah memperolehi geran tanah masing-masing.

“Tak faham kenapa sehingga kini, penduduk Jinjang Selatan Tambahan dinafikan geran tanah oleh DBKL.

“Jadi permintaan kami hanya satu iaitu, berikan geran tanah kepada setiap 525 keluarga di sini atau sediakan rumah percuma. Kami tak faham kenapa pemaju lebih cenderung cuba menghalau kami tanpa menyediakan rumah penempatan sementara sehingga projek perumahan baharu dibangunkan sepenuhnya,” tegasnya lagi. – Malaysia Nanban

Related Articles