KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang tular kononnya Kompleks PKNS di Shah Alam akan dirobohkan.Agensi pembangunan milik Negeri Selangor itu berkata, ia kesal terhadap dakwaan tidak berasas tersebut kerana ia sama sekali tidak benar.Menurutnya, ia tidak ada perancangan untuk merobohkan kompleks yang sudah berusia lebih empat dekad itu.“Kompleks PKNS yang berusia 47 tahun itu merupakan salah satu mercu tanda di Shah Alam dan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perkhidmatan perniagaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini.Sebaliknya, PKNS berkata, kawasan ini akan dinaik taraf untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa serta memberikan pengalaman lebih memuaskan kepada pengunjung dan komuniti setempat.Menurutnya, perancangan projek di dalam kawasan pembangunan di pusat bandar Seksyen 14 ini adalah sebahagian daripada usaha peremajaan bandar itu.Ia akan bermula pada suku ketiga tahun ini.Projek itu, kata PKNS menelan belanja kira-kira RM2 bilion, melibatkan beberapa plot kawasan di pusat bandar Seksyen 14 termasuk SACC Mall, Pusat Konvensyen SACC.Namun, projek berkenaan sama sekali tidak melibatkan bangunan Kompleks PKNS.“Projek ini membantu menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sifar karbon dengan bangunan yang dinaik taraf akan menggunakan sistem ‘centralised chill water’.“Selain sistem tenaga hijau, ia juga memenuhi komitmen PKNS dalam menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan serta peningkatan taraf sosioekonomi negeri Selangor secara keseluruhannya,” ujarnya.Sepanjang proses menaik taraf itu, operasi perniagaan di Kompleks PKNS akan berlangsung seperti biasa.PKNS menambah, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan penyebaran berita yang tidak benar ini. – MalaysiaGazette
28
previous post