Program PERMATA baik walaupun terajui Rosmah – ADUN DAP

by SM Amin

Kata Yeo, program seperti Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor berjaya mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan jenayah, menambah hasil negara dan memperoleh pulangan tertinggi dalam pembangunan sumber manusia.

“Justeru, sebarang usaha kerajaan membangunkan ECCE, termasuk PERMATA, tidak harus ditolak terus hanya kerana orang yang mendukungnya tidak disenangi,” kata Yeo.

Bagaimanapun tegas Yeo, kenyataannya itu tidak bermakna beliau mempertahankan Rosmah.

“Pertahan pelaburan dalam penjagaan dan pendidikan awal (ECCE) tidak sama dengan pertahan Rosmah,” katanya di laman sosial Twitter beliau.

Related Articles