Pusat-pusat pengundian yang melibatkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup akan ditutup pada 5 petang kecuali di beberapa pusat pengundian yang ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan
Dalam PRN kali ini, terdapat seramai 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
DUN Bukit Kota dan Bukit Sari tidak terlibat dalam proses pengundian susulan ia dimenangi Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.
Seramai 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan telah mengundi Selasa lepas.
Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April, dengan menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu, menjadikan DUN itu kini mempunyai 82 kerusi.