PRN Pulau Pinang satu pilihan, kata DAP

by SM Amin

Bagaimanapun, ahli Parlimen Seremban itu menegaskan ianya belum dibincangkan di dalam mesyuarat pimpinan DAP dan tidak lebih dari sekadar khabar angin ketika ini.

“Itu hanya khabar angin sahaja dari media, belum ada apa-apa keputusan dari DAP. Saya dah kata semalam, pimpinan DAP pusat belum bincang kemungkinan itu.

“Itu hanya pilihan (yang ada). Kalau ada niat untuk buat, baru kita akan bawa agenda itu kepada perbincangan dengan rakan-rakan Pakatan Harapan. Pilihan itu terbuka tetapi belum ada ke tahap itu,” katanya dalam sidang media Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR di sini.

DAP Pulau Pinang sebelum ini menimbang sama ada akan mengadakan pilihan raya mengejut sebagai tanda protes kepada pertuduhan rasuah yang difailkan terhadap Guan Eng dan mahu menilai maklum balas rakyat terhadap kes itu.

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan iaitu salah guna kuasa, dan perolehan harta di bawah nilai pasaran bagi seunit kediaman di Jalan Pinhorn, George Town.

Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).

Dalam perkembangan yang berkaitan, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini memutuskan menyokong pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan dan menyifatkan pendakwaan itu bermotifkan politik.

Related Articles