PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar serentak, kata SPR

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata demikian selepas mesyuarat khas berlangsung pada Jumaat dengan hari penamaan calon bagi kedua pilihanraya diadakan pada 5 Jun dan pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 14 Jun.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

“SPR menetapkan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

“Bagi PRK Sungai Besar, pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ialah di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar,” katanya menerusi sidang media di Menara SPR, di Putrajaya, pada Jumaat.

Pilihan raya kali ini adalah yang kedua diadakan dalam bulan Ramadan di mana pilihan raya pertama berlangsung di Kuala Besut, Terengganu pada 2013.

Related Articles