PPBM perlu lapor hasil pertemuan dengan PAS – AMANAH

by SM Amin

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir berkata dalam perjanjian kerjasama Pakatan Harapan dengan PPBM, mana-mana pihak perlu melaporkan kepada pihak satu lagi sebarang rundingan yang diadakan dengan pihak lain.

“AMANAH secara konsisten menjunjung semangat muafakat yang telah disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan PPBM sebelum ini bahawa sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain perlu dilapor kembali.

“Sehubungan itu, AMANAH mengharapkan PPBM segera melaporkan kepada ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan berhubung keputusan yang telah dicapai melalui pertemuan PAS itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Delegasi PAS yang diketuai Timbalan Presidenm Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama dengan PPBM yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kuala Lumpur semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak telah memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

 

Related Articles