PPBM gugat kerusi Johor – Ka Siong

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, terdapat desas-desus mengatakan bahawa PPBM menyasarkan untuk bertanding di Muar dan Bakri pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Muhyiddin ada pengaruh yang besar di sana dan menjadi cabaran besar bagi kami,” kata Dr Wee, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, ketika merasmikan mesyuarat bahagian MCA Bakri pada Sabtu.

Tegasnya kewujudan parti itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana Muhyiddin sudah lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

“Jangan lihat PPBM sebagai sebuah parti baru, perhatikan mereka,” katanya. – Tamil Malar

Related Articles