Positif dadah, majikan disyaki dera Nur Firdaus direman

Suspek lelaki berusia 36 tahun itu, yang menjalankan perniagaan peralatan pewangi kenderaan, ditahan di Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya di Johor Bahru, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam kenyataan semalam berkata pihak polis turut merampas beberapa peralatan yang disyaki telah digunakan untuk memukul mangsa Nur Firdaus Ibrahim, 21.

Beliau berkata ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine tetapi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Pada 11 Januari lepas, dua laporan polis serta gambar-gambar Nur Firdaus dalam keadaan lemah, tidak bermaya, serta bekas dipukul, menjadi tular di media sosial. — Bernama

 

Related Articles