Populariti Adenan peningkan pembangkang

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkeyakinan tinggi Adenan akan menang dengan majoriti lebih besar selepas hari mengundi 7 Mei nanti.

Naib presiden kanan PBB yang bertanding bagi Pilihan Raya Negeri buat kali pertama itu, akan bertanding dengan calon PKR, Noel Changgai Bucking.

“Adenan telah banyak membantu rakyat Sarawak menerusi pelan tindakan 50. Pembangkang hanya tahu memecahbelahkan rakyat menerusi dakwaan tidak berasas yang tidak berkesudahan.

“Mereka tidak mempunyai banyak isu untuk menentang kerajaan BN,” katanya.

Uggah menambah, isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) tidak akan menimbulkan ancaman kepada cengkaman parti pemerintah, dengan mengatakan inisiatif survei perimeter banyak memberi masyarakat luar bandar hak ke atas tanah.

Beliau memberitahu, kerajaan sedang menjalankan ukur tanah bagi mewartakan tanah di bawah Pemakai Menoa (Communal Reserves) Seksyen 6 Kanun Tanah dan kerajaan negeri juga mula mewartakan tanah NCR individu di bawah Seksyen 18.

Related Articles