Polis waspada ancaman IS menjelang Hari Malaysia

Beliau berkata, PDRM sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dan telah membuat perancangan untuk mencegahnya daripada berlaku.

“Kita ada perancangan tersendiri untuk menangani hal ini, tidak perlulah saya ulas perancangan apa yang kami buat bagi sambutan Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan kepada petugas ASEANAPOL ke-36, di ibu negara pada Jumaat.

Khalid bersyukur dengan kejayaan polis mematahkan rancangan serangan Daesh pada Ambang Merdeka 2016.

Tiga suspek, dua berumur 20 tahun dan seorang lagi 27 tahun, ditahan dalam operasi di ibu negara, Selangor dan Pahang pada 27 dan 29 Ogos lalu.

Khalid juga berkata, polis telah mengambil keterangan veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju berkaitan satu perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara, 27 Ogos lalu.

Pada 29 Ogos lepas, Ali Tinju dilaporkan datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini dan membantah ‘kegagalan’ polis menahan kumpulan pelajar yang menganjurkan perhimpunan itu.

“Saya mengesahkan dia (Ali Tinju) telah tampil memberikan keterangan di Bukit Aman pada pukul 3 petang tadi.

“Keterangannya diambil untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun,” kata Khalid. – Bernama

Related Articles