Polis tembak mati 4 penjenayah

Dalam kejadian jam 10.50 malam, suspek berbalas tembakan dengan polis.

Kejadian dipercayai berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun kira-kira 300 meter dari balai polis berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Ketika ini, anggota Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri masih berada di lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian itu.

Turut kelihatan di lokasi kejadian, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Gan Tian Kee, petik BH Online.

Related Articles