Polis tahan seorang lelaki, rampas pistol dan dadah bernilai jutaan ringgit

Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang turut merampas sepucuk pistol bersama kira-kira 50 butir peluru hasil pemeriksaan di rumah yang dipercayai dijadikan stor menyimpan dadah itu pada kira-kira pukul 8 malam.

Menurut sumber, sebelum itu polis menemui sejumlah pil Eramin 5 hasil pemeriksaan ke atas lelaki berumur lingkungan 30-an itu hasil intipan polis ke atasnya dan susulan itu, polis membuat pemeriksaan di kediaman lelaki terbabit di pangsapuri itu.

“Kami menemui pelbagai jenis dadah antaranya beberapa ketulan mampat syabu dan bungkusan heroin serta hampir 800 biji pil Eramin 5 yang disembunyikan dalam sebuah bilik di rumah itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Polis turut merampas peralatan membungkus dadah antaranya alat penimbang dan pelbagai bungkusan plastik, menurut sumber itu.

Turut dirampas dua buah motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi milik lelaki itu dan sejumlah wang tunai, kata sumber itu. – Bernama

Related Articles