Beliau ditahan selepas hadir memberi keterangan berhubung pameran solo hasil karyanya yang didakwa biadap kerana mempamerkan pelbagai lukisan disifatkan tidak menghormati pemimpin negara.
Pameran tersebut diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak, Jalan Penang semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan ke atas lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Menurutnya, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana
dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
“Penahanan awal dilakukan dalam tempoh 24 jam dan jika siasatan tidak dapat dilengkapkan, pihak polis akan memohon reman di bawah Sek 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya memetik Kosmo Online.