Polis Siasat Lelaki Benarkan Kanak-kanak Pandu Kereta

by Anis

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial seorang kanak-kanak memandu kereta menimbulkan kebimbangan orang ramai baru-baru ini.

Kejadian seorang kanak-kanak yang tular memandu sebuah kereta sambil ditemani seorang lelaki dewasa itu dikatakan berlaku di taman permainan Taman Daya di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, gara-gara membenarkan kanak-kanak memandu kereta seorang lelaki berdepan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, suspek berusia 25 tahun itu juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Pada Jumaat sekitar 12 tengah hari, pihak kami telah menerima maklumat berhubung gambar yang tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak sedang memandu kenderaan di jalan raya awam dengan seorang lelaki dewasa duduk di sebelah tempat penumpang.

“Hasil siasatan yang dijalankan mengesahkan kejadian berlaku Ahad lalu sekitar 5.30 petang di kawasan taman permainan Taman Daya.

“Ketika kejadian, suspek yang juga merupakan anak pengasuh kanak-kanak tersebut telah membenarkan kanak-kanak itu memandu kereta dengan tujuan mengajarnya memandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur-unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal. – MalaysiaGazette

Related Articles