Polis siasat ibu kandung sebenar

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, ini kerana seorang wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Segamat, Johor telah membuat laporan polis mendakwa kanak-kanak berkenaan adalah anaknya.

Katanya, kanak-kanak itu diserahkan kepada suspek wanita berusia 29 tahun yang mengaku sebagai ibu mangsa untuk dijaga sekali-sekala dengan upah sebanyak RM600 sebulan.

“Polis telah mengambil kenyataan wanita terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesahkan status ibu kandung kanak-kanak itu termasuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).


“Jika benar itu anak dia, kami serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mahkamah untuk memutuskan kepada siapa kanak-kanak itu perlu diserahkan selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tampin,” katanya, memetik laporan Utusan Online.

Related Articles