Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil maklumat yang diperolehi, lelaki warganegara Malaysia itu berasal dari Kelantan.
“Baru-baru ini ada dakwaan seorang rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Filipina dan kononnya merupakan seorang pakar bom.
“Saya mengesahkan suspek merupakan seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Kelantan.
“Itu sahaja yang kami tahu setakat ini dan tidak mengetahui sama ada dia kini berada di bawah pemerhatian ketenteraan di sana,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Antarabangsa Pencegahan Penyeludupan Dadah 2016 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, di ibu negara pada Rabu.
Tambahnya, menurut laporan, pihak berkuasa Filipina mendakwa suspek adalah seorang pakar bom dan ditahan ketika membawa bersamanya bahan-bahan untuk membuat bom.
“Saya tidak tahu mengenainya. Itu adalah dakwaan berdasarkan laporan pihak berkuasa negara berkenaan,” ujarnya, memetik Kosmo Online.