“Setakat ini, ada lima suspek.
“Siasatan masih berjalan untuk mengesan jaringan di sebalik tindakan membawa masuk pekerja terlibat dari Batam,” kata Ketua Unit Detektif Polis Riau, Komander Kanan, Eko Puji Nugroho yang dipetik Antara.
Polis menemui 22 pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, selain 74 lagi di rumah kedai Gloria View Batam Centre dan baki 101 yang lain di rumah kedai Valley Park Batam Centre.
Semua pekerja terlibat berasal dari Jawa Timur, Maduri, Nusatenggara Barat dan Jawa Barat.
Pihak polis juga merampas sejumlah besar dokumen pengenalan diri, pasport, telefon bimbit, tiket penerbangan dan pas daftar masuk pesawat.
Setakat ini, semua pekerja terlibat dibawa ke rumah perlindungan yang dikendalikan Agensi Sosial Batam di Nongsa Batam sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. –The Jakarta Post/Asia News Network