Dalam sesi rakam keterangan itu, pihak polis menanyakan sebanyak 37 soalan dengan berkaitan Deklarasi Rakyat dan kenyataan Dr Mahathir berhubung tahanan rumah ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Peguam Dr Mahathir, Ahmad Bazlan Che Kasim, berkata anak guamnya itu menjawab semua soalan yang diajukan empat pegawai polis yang hadir menemuinya.
“Antara semua soalan yang dikemukakan, 80 peratus adalah soalan berkaitan Deklarasi Rakyat manakala selebihnya berhubung dakwaan tahanan rumah Yang di-Pertuan Agong.
“Proses berkenaan berlangsung selama setengah jam bermula 3.20 petang dalam suasana yang tenang,” katanya ketika ditemui media sebentar tadi.
Bazlan berkata, polis didapati berpuas hati dengan sesi merakam percakapan berkenaan namun tidak menyatakan sebarang tindakan yang bakal dilakukan dalam masa terdekat.
Terdahulu Dr Mahathir dilihat meninggalkan bangunan Yayasan Al-Bukhari dengan diiringi pasukan polis pengiring sejurus selesai keterangannya diambil.