Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Dev Kumar berkata pihaknya akan memantau sindiket haram tersebut yang mengambil kesempatan dalam pilihan raya yang dijadualkan pada 7 Mei depan.
“Jika ada, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
“Bagaimanapun, setakat ini, polis belum menerima sebarang maklumat berhubung kewujudan sindiket perjudian membabitkan PRN akan datang,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut mengenai PRN Sarawak, Dev berkata pihaknya sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang PRN berlangsung.
“Kita berharap PRN Sarawak Ke-11 kali ini berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun JSJ sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” tegasnya.