Polis Kota Marudu sahkan tahan pemimpin Bersih, Maria Chin

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah, berkata Maria ditahan kira-kira 1.45 tengah hari tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk soal siasat.

“Maria Chin ditangkap …kerana disyaki melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Bagaimanapun kata Mohd Izaan, Maria dibebaskan dengan ikat jamin polis kira-kira 4.15 petang tadi selepas siasatan ke atas beliau selesai. – Bernama

Related Articles